Siakap Keli

(Video) Gara-Gara Leka Main Telefon, Wanita Nyaris Digilis Kereta Api

Ketika berada di stesen kereta api, perkara yang perlu dititik beratkan ialah keselamatan diri dan juga orang sekeliling. Perkara ini kerana di stesen kereta api mempunyai bahaya terutamanya pada kawasan landasan kereta api. Pengguna berisiko terjatuh di dalam landasan kereta api dan boleh menyebabkan kematian. Perkara itulah yang nyaris terjadi kepada seorang wanita apabila dia dilihat terjatuh dengan secara tidak sengaja ketika keretapi tiba di landasan.

Pada mulanya, wanita berkenaan dilihat berdiri sebaris dengan penumpang yang lain bagi menantikan ketibaan keretapi. Ketika itu, dia sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya. Menerusi satu rakaman CCTV di Stesen Estrecho, Madrid, Sepanyol, sebuah keretapi dari arah bertentangan telah tiba di stesen tersebut.

Sebaik sahaja kereta api itu berhenti di laluan yang bertentangan, wanita itu dilihat berjalan menghampiri landasan tersebut. Berkemungkinan, wanita berkenaan menganggap bahawa keretapi yang berhenti itu adalah di bahagian ruang tempatnya menunggu. Wanita itu terus berjalan sambil bermain telefon bimbitnya tanpa menyedari bahawa dia berada dalam keadaan yang bahaya. Akibatnya, dia terjatuh ke dalam landasan dan kelihatan kereta api pada laluan tersebut hampir tiba di stesen itu.

Walau bagaimanapun, wanita itu dilaporkan selamat daripada maut apabila keretapi berkenaan dapat dihentikan beberapa meter dibelakang tempat wanita itu terjatuh. Pihak stesen menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika berada di stesen keretapi. Kecuaian terutamanya bermain telefon bimbit boleh menyebabkan kecelakaan dan juga boleh membawa maut.

Sumber: Tribunnews

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra