Siakap Keli

(Video) Ngeri, Detik-Detik Kemalangan Maut Pelumba Idemitsu Asia Talent Cup Di Litar Sepang

Kehangatan serta kemeriahan perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup (IATC) pada Sabtu telah bertukar menjadi tragedi apabila seorang pelumba yang bernama Afridza Munandar maut selepas terbabit dengan kemalangan ketika dalam persaingan mengejar kejuaraan.

https://www.youtube.com/watch?v=qM7dkfPnaQ4

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MotoGP, kemalangan tersebut berlaku di selekoh 10 pusingan pertama perlumbaan. Sejurus selepas insiden itu berlaku, bendera merah telah dikibarkan bagi menghentikan seketika perlumbaan.

Pelumba yang berusia 20 tahun itu pada awalnya telah diberikan rawatan awal oleh kakitangan perubatan yang berada di tepi litar sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki helikopter.

Walau bagaimanapun, Afzar telah disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital.

Untuk rekod, Afridza adalah salah seorang pelumba yang cemerlang dalam musim IATC 2019 ini, dia pernah menjuarai dua perlumbaan, dua penamat di tempat kedua serta ketiga.

Sumber: MotoGP

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.