Siakap Keli
Kredit: DashCam Owners Malaysia

(Video) Padah Tak Pakai Helmet & Langgar Lampu Isyarat, Viral Lelaki Kena Langgar Tergolek Atas Jalan

Pemakaian helmet ketika menunggang motosikal dan mematuhi lampu isyarat merupakan perkara asas peraturan keselamatan jalan raya tanpa sebarang alasan.

Tindakan melanggar kedua-dua peraturan ini boleh menyebabkan kemalangan dan mengakibatkan kecederaan serius, hatta kematian.

Dalam video berdurasi 1 minit dikongsikan Josh Pua dalam group DashCam Owners Malaysia, seorang lelaki berbaju biru menunggang motosikal tanpa memakai helmet telah terlibat dalam kemalangan setelah melanggar lampu isyarat merah.

Ketika menyeberangi jalan, dia dilanggar oleh sebuah motosikal lain yang datang daripada sebelah kiri. Kedua-dua penunggang jatuh dan terseret ke atas jalan akibat perlanggaran terbabit.

Ekoran itu, individu berbaju biru yang tidak memakai topi keledar berkenaan dilihat terbaring di atas jalan dipercayai tidak dapat bangun kerana kecederaan sebelum dibantu orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, keadaan sebenar kedua-dua mangsa tidak dapat dikenalpasti. Tiada maklumat lokasi kejadian diperoleh.

Kesian penunggang seorang lagi

Nasib bukan lori

Tak sabar nak jumpa tuhan

Undang-undang dicipta untuk keselamatan

Apapun, jagalah adab ketika komen. Moga kedua-dua mereka diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.

Sumber: Dashcam Owners Malaysia (Josh Pua)

Amira

Love yourself.