Siakap Keli

Walau Berbeza Agama, Wanita Ini Tetap Ziarah Pusara Neneknya Demi Rasa Sayang

Kita sudah sedia maklum bahawa kasih sayang seorang ibu terhadap anak sangat-sangat tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja demi untuk anak yang disayanginya.

Kita sebagai anak yang masih lagi boleh merasai nikmat kasih sayang seorang ibu perlu sentiasa bersyukur atas keistimewaan yang telah dikurniakan oleh tuhan.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Cikgu Emmet Menulisada berkongsikan satu kisah kasih sayang anak terhadap ibunya yang agak menarik. Perkongsiannya itu telah mendapat ribuan ‘share’ dari netizen yang membacanya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Beza Agama tak halang kasih terhadap ibu yang telah tiada.

Hari ini 2hb November, dalam perjalanan ke bandaraya Kuching melalui jalan penrissen agak luar biasa sesaknya. Lebih-lebih lagi bila melalui kawasan perkuburan kristian, terdapat banyak kereta parkir di sisi jalan.

Rupanya pagi ini ialah hari All Soul Day iaitu hari dimana ramai sanak saudara menziarahi pusara orang tersayang yang telah pergi.

Hari ini penganut kristian terutamanya akan membersihkan pusara ibu atau bapa serta saudara mara yang telah tiada disamping menukar bunga dijambangan.

Namun dalam puluhan orang yang berada di kawasan perkuburan kelihatan juga kelibat beberapa orang yang memakai baju kurung dan bertudung. Ternyata mereka ialah perempuan muslimah. Mereka turut membersihkan perkuburan.

 

Salah seorang daripadanya ialah guru SMK Padawan. Iaitu Cikgu Dayang Rafidah bt Awang Osman.

Pagi ini beliau bersama ibu dan ibu saudaranya yang beragama Islam turut membersihkan kubur mendiang neneknya yang telah lama tiada.

Meskipun kelihatan agak janggal kerana mereka adalah keluarga Muslim tetapi kehadiran mereka disambut sapaan dan senyuman dari pengunjung lain.

Menurut cikgu Dayang Rafidah, walaupun neneknya bukan beragama Islam dan ibunya pula seorang mualaf ia tetap tidak memutuskan rasa kasih dan sayang walaupun nenek (ibu kepada ibu Dayang Rafidah) telah meninggal dunia.

Rasa sayang terhadap neneknya terus diterjemahkan dengan menyantuni pusara mereka. Hakikatnya di Sarawak dan juga Sabah khasnya dan di seluruh Malaysia amnya masih terdapat nilai hormat menghormati yang boleh dicontohi.

Bumi Allah ini untuk dikongsikan bersama. Perbezaan kaum pun untuk saling kenal mengenali dan kepercayaan agama adalah untuk membimbing rohani agar berupaya menjadikan kita manusia yang baik dan berperkerti tinggi.

Sumber: Cikgu Emmet Menulis

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.