Siakap Keli

“Tak Kisahlah Dia Ada Dekat Mana, Aku Harap Allah Selalu Lindungi Dia” – Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak semua mampu mempunyai semangat, kerajinan dan kecekalan yang tinggi dalam menempuh kehidupan.

Kisah ini wajar dijadikan panduan rata-rata anak muda. Ini cerita seorang remaja  yang baru sahaja berumur 16 tahun telah mula mengorak langkah hidup dan mencari rezeki demi kelangsungan hidup sebagai sorang penghantar makanan.

Sedang remaja lain ‘asyik’ dengan teknologi, kisahnya yang dikongsi oleh Ariff Azhar di Twitter telah tular dan mendapat reaksi yang positif sehingga ada yang ingin memberi bantuan persekolahan kepada remaja terbabit.

Menurut Ariff, budak lelaki ini mempunyai lesen motorsikal dan bekerja separuh masa pada hari sabtu dan ahad. Seperti pelajar sekolah lain, dia dikatakan mengambil mata pelajaran akaun dan addmath.

Rata-rata netizen kagum dengan kerajinan remaja terbabit dan berdoa agar rezekinya sentiasa terbuka luas.

Sumber: Ariff Azhar 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra