Siakap Keli

Insiden Tumbuk-Menumbuk Di Litar Sepang Cemar Kemeriahan Perlumbaan Moto GP

Kehangatan serta kemeriahan perlumbaan Moto GP yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang semalam, dikatakan telah dicemari dengan insiden tumbuk menumbuk di pintu utama Grandstand litar berkenaan.

Insiden tumbuk-menumbuk itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang warga Indoesia yang tidak berpuas hati selepas ditegur oleh petugas kerana menendang pagar. Ekoran itu, petugas yang berada di Pintu Utama Grandstand SIC itu telah diserang dan ditendang.

Rata-rata warganet juga nyata kesal dengan insiden yang berlaku dan berpendapat bahawa insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku tambahan lagi Malaysia sebagai tuan rumah.

“Beli tiket Hillstand tapi nak duk kat grandstand.. bila tak bagi masuk dia bantai petugas”

“Macam-macam lah.. orang nak berlumba kau pun nak tunjuk handal”

“Buat malu je. Kita ini tuan rumah, hormat sikit, boleh bincang tepi”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra