Siakap Keli
Gambar Hiasan

Nak Bendung Anak-Anak ‘Ketagih’ Gajet, Datuk Bandar Bandung Ajak Bela Anak Ayam

Ketagihan telefon pintar dalam kalangan anak-anak mungkin telah menjadi kebiasaan bagi setiap ibu bapa pada masa kini dan dilihat memberi kesan yang tersendiri terhadap pembesaran mereka.

Bagi ibu bapa yang peka, mereka akan mengawal penggunaan telefon pintar tersebut dan mengambil inisiatif yang berbeza untuk memenuhi keperluan kemandirian anak-anak.

Melihat kepada hal ini, satu penyelesaian yang tersendiri telah dilakukan oleh Datuk Bandar Bandung, Oded M.Danial dengan memberi seekor anak ayam kepada setiap pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bukan sahaja untuk mengawal dan mencegah penggunaan telefon pintar, Oded juga dikatakan mewujudkan inisiatif tersebut bagi melahirkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, setiap pelajar akan diberi latihan terlebih dahulu sebelum diminta untuk memelihara anak ayam tersebut dan beliau juga turut berjanji untuk memberikan basikal sebagai ganjaran menjaga anak ayam itu dengan baik.

Perlaksanaan program tersebut akan dimulakan dengan 20 atau 30 orang pelajar sahaja terlebih dahulu yang membabitkan 30 daerah dan seterusnya akan diperluaskan sehingga ke seluruh Bandung.

Sumber: CARI

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra