Siakap Keli
Foto: FB UKM

“Part Ni Memang Sebak,” Graduan UKM Tunduk Hormat Pada Ibu Bapa Dan Pensyarah Sebelum Duduk Sentuh Hati Netizen

Musim konvokesyen yang sedang berlangsung sekarang ini di setiap pusat pengajian tempatan tentunya antara saat yang paling menggembirakan buat para graduan malah yang paling gembira adalah ibu bapa.

Manakan tidak, segala dugaan dan cabaran sepanjang menjalani alam pembelajaran  di institusi tinggi akhirnya tamat dengan masa yang ditetapkan dan membuahkan hasil pasti membanggakan ibu bapa.

Menerusi satu perkongsian daripada laman utama Universiti Kebangsaan Malaysia memuatnaik gambar-gambar detik bahagia yang tercipta sekitar majlis graduasi berlangsung.

Apa yang mengharukan para netizen dengan gambar tunduk hormat para graduan kepada ibu bapa serta tenaga pengajar.

“Sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru,semua graduan diminta berdiri.”

“Hormat kepada ibu bapa,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,dan
hormat kepada para guru
ke kanan, TUNDUK.”

“Para graduan dipersilakan duduk.”

Inilah ayat keramat yang akan membuatkan air mata seseorang insan yang bergelar anak akan jatuh malah rasa bangga ibu bapa dan tenaga pengajar lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, para netizen juga turut meluahkan rasa terharu di ruangan komen.

“So touching and meaningful. Salute.”

“Masa tunduk hormat ni rasa sebak sangat-sangat”

“MasyaAllah, terasa sebak di dada”

“part ni memang sayu”

“Berkonvo sendirian tanpa ibu bapa dan sanak saudara”

 

Sumber: Facebook UKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)