Siakap Keli

Suami Kaki Pukul, Wanita Hamil 7 Bulan Sanggup Jalan Kaki 2 Jam Minta Bantuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keganasan rumah tangga sememangnya wujud dalam institusi sesebuah perkahwinan dan ia menjadi satu lompong besar yang boleh meruntuhkan institusi tersebut.

Sebelum ini, satu laporan daripada Bernama menyatakan ramai dalam kalangan wanita tidak melaporkan keganasan yang berlaku dalam rumah tangga masing-masing berikutan bimbang kehilangan suami yang juga merupakan tempat bergantung.

Ikuti perkongsian dari pengasas Extrameal Bintulu, Francis Ngu Hown Hua yang membantu seorang wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .

Sanggup berjalan kaki 2 jam untuk menyelamatkan diri dari terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga .

Christina anak Anggan, 24 tahun menbawa kandungan 7 bulan dalam perut bersama anak perempuan chatrine 4 tahun berjalan kaki lebih 2 jam dari ladang untuk meminta pertolongan,

Bukan 10 kali sudah Lebih 50 kali dipukul suami, ada sekali sampai pecah kepala di tetak pakai parang sampai 7 jahitan itu lah yang di ceritakan oleh ayah nya yg kebetulan bawa baju christina dan anak dari ulu sebauh, kali ini mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan pelaku sudah di tahan reman ,

Disebabkan kampung christina jauh dari pekan sebauh kena mengambil 2 jam pejalanan kereta baru boleh sampai beliau terpaksa menumpang di rumah sepupu di sg plan sehingga anak dlm kandungan di lahirkan, ibu bapa tiada pekerjaan hanya berkebun tidak mampu untuk menyara mereka sekeluarga juga , kita sudah sarankan supaya membuat pemohonan di jabatan kebajikan untuk meringankan beban mereka sekeluarga, Christina tiada sebarang simpanan dan kewangan masa melarikan diri .

Sedikit sumbangan sempena lawatan kali ini dengan harapan dapat menbantu meringan sedikit beban christina yg masih taurma , juga dengan harapan posting ini dapat menyeru ramai lagi insan yg perihatin untuk turut sama menbantu mereka.

Kepada yg ingin menbantu boleh call sepupu nya yg sewa di Lot 1360,rpr sungai plan, lot baru, jalan tanjung kidurong 97000 bintulu sarawak no tel 0 11-2515 4176 Richard sungong.

Sedikit daripada kita banyak makna nya buat mereka.

Mengikut kemaskini terbaharu yang dikongsikan oleh Francis, laporan polis telah dibuat dan suami kepada wanita itu telah dimasukkan ke dalam penjara.

Sumber : Francis Ngu Hown Hua

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra