Siakap Keli
Foto: Luqman Daud

Ustaz Azhar Idrus Terlibat Dalam Kemalangan Kecil Ketika Berbasikal, Semua Kuliyah Terpaksa Ditangguh

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dipercayai terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika melakukan kayuhan basikal pada petang tadi.

Bagaimanapun, menurut laman rasmi Facebook Ustaz Azhar Idrus, beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu. Segala kuliah yang bakal dilangsungkan terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian.

Foto: Luqman Daud

Semoga UAI diberi kesembuhan yang sebaiknya. Rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan UIA.

“Sedih tengok ustaz banyk darah keluar juga tu”

“Syafakallah, ustaz semoga sembuh dan sihat kembali”

“Banyakkan berehat ustaz, Semoga Allah memberikan kesembuhan pada UAI”

 

Sumber?: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)