Siakap Keli

(Video) Son Beriya Menangis, Jadi Punca Pergelangan Kaki Gomes ‘Lari’

Sukan bola sepak sememangnya hadir bersama risiko kecederaan yang boleh menimpa kepada semua pemain yang bertungkus-lumus untuk memenangi setiap perlawanan yang berlangsung. Bukan sahaja disebabkan ‘warm up’ yang tidak mencukupi, kecederaan kepada para pemain bola sepak juga boleh disebabkan terjahan keras yang sudah menjadi kebiasaan dalam sukan ini.

Menerusi satu perlawanan Liga Perdana Inggeris yang menemukan pasukan Everton dengan Tottenham Hotspurs, satu babak yang mengerikan berlaku apabila Andre Gomes mengalami kecederaan yang dasyat selepas diterjah oleh salah seorang pemain Spurs.

Menerusi babak berkenaan, Heung-Min Son dilihat sedang bertungkus lumus untuk merampas bola di dalam kawalan Andre Gomes dengan melakukan ‘sliding tackle’ dari tepi. Disebabkan itu, Gomes seperti hilang kawalan sehingga bertembung dengan Aurier sehingga menyebabkan kecederaan yang serius.

Ekoran kecederaan serius yang dialami oleh pemain itu, Heung Min Son dilihat nyata kesal dengan insiden yang berlaku bermula daripada terjahan yang dilakukannya.

Son juga menangis di dalam padang apabila mengetahui tindakannya itu telah menyebabkan kecederaan serius terhadap pemain lawan.

Akibat daripada terjahan itu, Son dilayangkan kad merah oleh pengadil. Walaupun tindakan itu telah menyebabkan kecederaan, rata-rata peminat bola sepak berpendapat bahawa Son tidak bersalah dalam insiden berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan kepada Son supaya tidak menyalahkan dirinya atas kecederaan itu.

“Saya bersimpati dengan Son, dia bukan pemain yang bermain kotor secara keseluruhan”

“Son tidak layak untuk layangan kad merah. Terjahannya bukan penyebab kepada kecederaan kaki Andre”

“Bersimpati dengan keduanya Gomes dan Son”

Sumber: Twitter

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.