Siakap Keli

Cas Telefon Guna Kabel Balut ‘Tape’, Gadis Maut Direnjat Elektrik

Seorang gadis berusia 17 tahun di Thailand meninggal dunia disebabkan oleh renjatan elektrik selepas mengecas telefon pintar miliknya menggunakan wayar plug yang rosak dimana ia hanya dibalut dengan tape.

Wayar tersebut dipercayai terkena besi katilnya dan menyebabkan berlakunya renjatan sehingga gadis tersebut meninggal dunia.

Kejadian yang berlaku pada malam jumaat lalu itu disedari oleh ibunya, Boonpeng Tuponchai, yang baru sahaja pulang ke rumah dan menemui anaknya terbaring kaku didalam bilik.

Boonpeng pada awalnya menganggap anak gadisnya itu cuma tertidur dan cuba untuk mengejutkannya namun dia merasakan ada renjatan elektrik pada tubuh gadis itu.

Pegawai polis, Khanti Peansoongnern, menyalahkan wayar lama yang telah dibaiki beberapa kali yang menyebabkan berlakunya renjatan tersebut.

Tangan kiri gadis itu juga dipercayai terbakar kerana beliau memegang telefon pintar tersebut.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra