Remaja 17 tahun telah dijumpai meninggal dunia didalam biliknya selepas bermain permainan video bersendirian tanpa henti.
Menurusi perkongsian facebook Khaodeb, remaja yang berasal dari Udon Thani, Thailand dijumpai dalam keadaan melutut dihadapan meja komputer miliknya. Ia seperti terjatuh dari kerusinya dan kemudiannya meninggal.
Menurut doktor, mangsa sudah meninggal dunia 8 hingga 10 jam yang lalu. Punca kematiannya dipercayai disebabkan serangan jantung.
Remaja tersebut merupakan anak sulung dan menjadi kebanggaan buat keluarganya. Mangsa juga merupakan seorang yang sangat gemar bermain permainan komputer.
Walaupun ibu bapanya sudah berpisah, pencapaian akademiknya sangat baik dengan memperolehi purata GPA 3.7 setiap kali peperiksaan.
Bapanya telah memberi amaran kepada mangsa agar tidak terlalu ketagih bermain games sehingga boleh membawa kepada kemerosotan pencapaian akademiknya.
Sumber: Khaodeb