Siakap Keli
Gambar: KPMG International

Gangguan Bekalan Air 24 Jam Di Jempol 12 November Ini

SEREMBAN, 5 Nov (Bernama) — Sebahagian kawasan di daerah Jempol akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi 12 Nov ini, menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), hari ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air sehingga pukul 8 pagi pada hari berikutnya adalah disebabkan kerja-kerja pencucian Kolam Lui Barat, Jempol.

“Selain sebahagian daripada kawasan Jempol, seluruh kawasan Gugusan Felda Lui turut akan mengalami gangguan bekalan air.

“Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norzita berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat, bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa