Siakap Keli
Foto: Dailymail

“Hanya Tembak Suka-Suka,” Lelaki Warga Palestin Cedera Didakwa Ditembak Polis Israel

Satu kejadian yang mengejutkan telah dirakam apabila anggota polis Israel didakwa bertindak menembak seorang lelaki Palestin dari arah belakang sekadar untuk suka-suka.

Video yang dimuatnaik di laman sosial media telah tular menunjukkan lelaki tersebut jatuh ke bawah setelah ditembak menggunakan peluru keluli bersalit getah ketika berjalan di sebuah terowong yang dipercayai sempadan Palestin.

Difahamkan dalam rakaman tersebut, pegawai polis Israel tersebut menjerit kepada lelaki tersebut ‘keluar dari sini’ dalam bahasa Arab. Sejurus itu, pegawai tersebut terus menunjukan pistolnya kepada lelaki tersebut sebelum menembaknya.

Bagaimanapun, anggota polis tersebut memaklumkan bahawa lelaki tersebut tidak mengalami cedera parah seperti yang dilaporkan oleh pihak akhbar mengenai video tersebut.

Jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata, kementerian kehakiman telah membuka satu kertas siasatan ke atas kejadian tersebut mengambil masa satu setengah tahun.

Sejurus kejadian itu berlaku, pegawai polis yang bertindak menembak lelaki itu dikatakan telah dipecat oleh pegawai atasan. Malah, anggota  polis lain yang terlibat semasa kejadian itu berlaku sudah digugurkan daripada jawatan mereka.

Sejak kejadian itu berlaku, Pertubuhan Palestin menyelar tindakan Israel dan menggesa Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu untuk mengambil tindakan.

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)