Siakap Keli
Foto: Mohamad Jamil

Lelaki Ini ‘Buru Makanan’ Di Pasar Malam Thailand Sebelah Padang Besar Perlis Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cakap saja nak travel  mesti dalam fikiran korang nak shopping dengan ambil gambar yang menarik untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. Tapi mesti ada di kalangan kita yang masih menyimpan duit untuk travel jauh-jauh.

Pernah tak terlintas dalam fikiran korang, semasa pergi ke tempat orang hanya sebagai  food hunter? Salah satu tempatnya adalah di Thailand, tak payah susah-susah pergi jauh.

Seperti perkongsian lelaki ini, Mohammad Jamil dalam bebenang ciapan di Twitternya tentang perjalanannya ke sempadan Padang Besar untuk ‘food hunting’ dengan bajet yang sangat rendah.

Ramai yang selalu pergi Padang Besar shopping kan. Apa kata this time bawak border pass atau passport masuk sebelah Thailand.

“Ya Allah sedap weh tak tipu. Kalau tak takdanya setiap kali saya balik kampung Alor setar, wajib akan pergi makan dekat sini”

Kalau tak tau tempat boleh tanya orang area situ mesti tau.

Tidak cukup dengan penerangan yang diberi Jamil, para pengikutnya di laman Twitter turut memberi info yang menarik tentang tempat tersebut.

Ini bukan pasar malam. Memang orang siam meniaga di situ. Kami panggil Pekan Siam.

Untuk pengetahuan anda, Nat adalah panggilan untuk orang utara yang sama maksud dengan pasar pagi atau pasar tani.

Orang luar memang suka mai nat pagi pekan Siam.

Tak ramai sangat orang Malaysia tau

Sumber: Facebook, Muhammad Jamil

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)