Siakap Keli

Ramai Tak Tahu Ketuat Mudah Berjangkit, Ini 5 Cara Untuk Elak Dari Ketuat Tumbuh

Mungkin ada diantara kita pernah mendapat kutil yang dikenali sebagai ketuat pada mana-mana bahagian badan. Ramai yang sedia maklum, ketuat lebih biasa berada di bahagian tangan dan kaki. Orang tua-tua ada mengatakan bahawa, ketuat terjadi disebabkan darah ayam yang terkena pada bahagian tubuh. Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ketuat boleh berjangkit?

ketuat sememangnya boleh berjangkit. Anda boleh mendapat ketuat dengan hanya menyentuh ketuat orang lain atau bersentuhan dengan permukaan yang telah disentuh oleh ketuat individu lain seperti kain tuala. Tambahan lagi, ketuat juga boleh berjangkit dengan mudah walaupun mempunyai satu ketuat.

Bolehkah ketuat sembuh dengan sendirinya?

Ia bergantung kepada jenis ketuat tersebut. Ada yang boleh hilang dengan sendirinya dan ada juga yang mungkin memerlukan rawatan untuk menghilangkannya. Kadangkala, ia boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Sesetengah ketuat juga adalah ketuat “ibu” yang menyebarkan ketuat ke bahagian lain tubuh anda.

Ketuat boleh hilang dengan rawatan 

Anda boleh dapatkan kaedah rawatan yang lebih berkesan dan pantas bagi menghilangkannya dengan menggunakan produk yang ada terdapat difarmasi untuk melihat keberkesananya. Walaubagaimanapun, anda perlu terus berjumpa dengan doktor sekiranya berada dalam keadaan berikut:

  • Anda mempunyai ketuat pada bahagian muka atau mana-mana bahagian tubuh yang sensitif seperti kemaluan, mulut dan lubang hidung
  • Terdapat pendarahan atau tanda-tanda jangkitan seperti nanah disekitar ketuat
  • Ketuat tersebut menyebabkan kesakitan
  • Warnanya berubah
  • Mempunyai ketuat dan diabetes atau kekurangan imun tubuh.

Elak ketuat dengan 

  • Basuh tangan anda dengan kerap terutamanya jika anda ada menyentuh ketuat individu lain
  • Jangan sentuh ketuat anda
  • Tutup ketuat anda dengan menggunakan pembalut
  • Pastikan tangan dan kaki anda kering
  • Pakai selipar apabila anda menggunakan tempat-tempat awam seperti tandas.

Jelas sekali bahawa ketuat disebabkan oleh jangkitan virus dan bukanlah faktor darah ayam. Jika faktor darah ayam semata-mata, pasti ketuat tidak mudah berjangkit dengan hanya melalui sentuhan. Jika benarlah ketuat disebabkan oleh darah ayam, pasti ramai yang tidak mahu lagi berniaga ayam di pasar. Jika tidak, dialah individu yang paling teruk dijangkiti ketuat.

Sumber: Hello Doktor

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)