Siakap Keli

(Video) “Race, Race Jugak, Esok ‘Dia’ Tak Tanya, Finish Ke Ironman Tu?” Alif Kongsi Detik Perlumbaan

Nama Alif Satar sekali lagi menjadi bualan hebat dalam kalangan pelbagai pihak terutamanya netizen ekoran kejayaannya menamatkan cabaran Ironman Langkawi yang dilangsungkan di Langkawi pada bulan lepas.

Semangat yang dipamerkan beliau menjadi sumber inspirasi kepada semua orang.

Apa tidaknya, penyanyi dan pelakon yang semakin mendapat nama di dalam industri seni tanah air itu berjaya menamatkan kesemua kategori bermula dengan 3.8 km berenang, 180 km berbasikal dan berlari sejauh 42 km.

Sesuatu kejayaan yang dikecapi sememangnya datang daripada usaha yang tidak pernah mengenal erti mengalah. Begitu bagi Alif, dia mendedahkan rahsia disebalik kejayaannya menamatkan perlumbaan tersebut.

Menurut Alif, dia mengambil masa sehingga setahun untuk berlatih. Selain itu, dia juga terpaksa mengorbankan masa bersama keluarganya dan cuba membuat yang terbaik bagi mengimbangi antara latihan dan juga kerjaya.

Aku takut tapi aku dah jangkakan ia akan menjadi sukar, jadi aku tahu apa yang akan aku hadapi.

Menerusi Vlog yang dimuat naik ke dalam Channel Youtube Alif Satar, perjalanan sebelum memulakan perlumbaan penuh dengan pelbagai persediaan sama ada daripada dirinya sendiri dan juga pihak penganjur.

Menurutnya, persediaan sebelum memulakan perlumbaan itu adalah dua kali ganda daripada sebelumnya. Perkara ini kerana Alif pernah menyertai perlumbaan yang sama pada tahun lepas.

Because i know what to expected, i know where is everything ini semua, tapi its just everything is double, apa yang aku buat semua double. Double the effort, double the challenges.

Sememangnya cabaran yang digalas oleh Alif Satar pada tahun ini adalah lebih berganda daripada tahun lepas dan tidak hairanlah sekiranya memerlukan latihan yang lebih untuk cabaran tahun ini. Selain itu, Alif juga memberi motivasi kepada semua penonton untuk terus berlatih supaya dapat menyertai cabaran itu pada tahun hadapan.

So korang, tolonglah train, buatlah apa korang kena buat untuk get yourself here. Make sure 2020 korang semua masuk Ironman. Aku tak kira, aku jumpa korang kat sini. 2020.”

Selain itu, Alif Satar juga menjaga pemakanannya terutama ketika ingin mengambil sarapan pada hari perlumbaan. Kejayaannya menamatkan cabaran Ironman Langkawi mendapat pujian rata-rata peminat dan juga rakyat Malaysia.

“Finally! Rasa lama sangat menunggu. Terbaik bro! Teruskan inspiring Malaysian! Love u br0”

“Allahu.. aku respect kau doo.. respect gile2.. tabik springggg”

“SUPERB!!.. Always do the best thing.. Semoga sentiasa dalam Rahmat Nya. Terbaik Alif”

Sumber: Alif Satar

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra