Satu video tular mengenai tanah runtuh yang dipercayai berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highland petang tadi kira-kira jam 5.40 petang.
Menurut Pengarah Bomba Pahang, kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands petang ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Kejadian tersebut menyebabkan laluan ke bangunan pangsapuri di tutup sepenuhnya untuk kerja pembersihan.
“Bagaimanapun, laluan yang terjejas teruk bukanlah laluan utama ke resort pelancongan sebaliknya jalan lain di kawasan Genting Highland.”
Norhisham berkata, selain Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan kerja pembersihan tersebut juga dibantu oleh kontraktor yang melakukan kerja di kawasan tanah tinggi tersebut.
Kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands petang tadi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan – Pengarah Bomba Pahang
📸 Bomba pic.twitter.com/QZjJEiyOkp
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 5, 2019
Salam..makluman tanah runtuh di jalan Amber court Genting Highlands.. Jalan utama terputus.. Setakan ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Posted by Vivian卓卉勤 on Tuesday, 5 November 2019
Sumber: Facebook, Bernama