Siakap Keli

Ajal Semasa Bertugas, Dua Anggota Polis Maut Dirempuh Semasa Jalankan ‘Road-Block’

Malang menimpa beberapa orang anggota polis apabila dirempuh oleh sebuah lori semasa bertugas bagi satu sekatan jalan raya di Jalan Changong, Pasir Puteh. Akibat rempuhan itu, dua orang anggota dilaporkan meninggal dunia.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 5.30 pagi tadi dipercayai berpunca daripada lori yang terbabas ke bahagian kiri jalan sehingga merempuh enam orang anggota polis.

Insiden itu telah menyebabkan tiga daripada enam anggota polis mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, seorang lagi yang berada di tempat kejadian berjaya mengelak daripada dirempuh.

Facebook Polis Johor turut berkongsi insiden menyayat hati ini. Semoga dikuatkan hati keluarga mangsa.

BERITA KEMATIAN ANGGOTA POLIS

Dimaklumkan bahawa L/Kpl Saifullah Bin Mohamad (anggota Balai Polis Pasir Gudang) dan L.Kpl/S 20839 Mohamad Johari Bin Rosli (anggota Balai Polis Taman Scientex) telah meninggal dunia akibat dilanggar sebuah lori semasa bertugas sekatan jalan raya di Jalan Changong, Pasir Puteh.

YDH CP Dato’ Mohd Kamarudin Bin Md Din, Ketua Polis Johor dan YBhg. Datin Johariah Urib Binti Mohd Ariffin, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman.

Al-Fatihah & Salam Takziah.

سْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ {1} الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّينَ {7}

Sumber: Polis Johor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra