Semua orang pasti pernah mengimpikan untuk lari jauh dari hiruk pikuk kehidupan di kota yang bising dan tidak menenangkan.
Tahukah anda bahawa ada sebuah tempat yang paling senyap di dunia sehingga anda tidak mahu tinggal di situ untuk tempoh waktu yang lama.
Tempat yang dikenali sebagai Anechoic Chamber itu terletak di Minnesota dan tempoh waktu yang paling lama seseorang individu boleh tinggal di situ adalah selama 45 minit sahaja.
Anechoic Chamber juga secara rasminya tersenarai dalam Guinness Book of World Records sebagai tempat paling senyap di dunia.
Bilik itu sangat senyap sehingga pengukur bunyi menunjukkan nilai yang negatif iaitu boleh mencapai sehingga -9.4 decibel.
Menurut pengasas tempat itu, Steven Orfield, semakin senyap bilik itu semakin banyak benda yang anda akan dengar seperti bunyi degupan jantung dan bunyi di dalam perut.
Bilik itu juga digunakan oleh syarikat-syarikat untuk menguji tahap kebisingan bagi setiap produk mereka dan Harley Davidson juga pernah menguji motosikalnya di bilik itu.
Anda juga akan mula pening dan berhalusinasi jika tinggal terlalu lama di dalam bilik itu.
Sumber: Hearing Aid Know