Siakap Keli

Didakwa Terkena Gigitan Serangga, Lelaki Ini Maut Selepas Paru-Paru Dan Tulang Belakang Rosak

Seorang guru meninggal dunia pada hari pertamanya melapor diri selepas pergi bercuti ke vietnam. Menurut laporan perubatan, Josh Brooker, 27 tahun telah menerima jangkitan pada darah selepas  terkena gigitan serangga.

Ayahnya, James, 57 berkata penyakit itu tidak dijangka akan memberi kesan yang teruk sehingga membawa maut. Pada awalnya, Josh hanya mengalami gejala demam yang biasa sahaja setelah pulang dari percutiannya.

Josh dimasukkan ke Hospital Royal Liverpool pada 3 September dan dimasukkan ke dalam bilik rawatan intensif selepas jangkitan itu menjejaskan paru-parunya.

Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Wythenshawe di Manchester apabila keadaannya semakin merosot.

Doktor memberitahu keluarganya bahawa bakteria staphylococcus merupakan punca kepada jangkitan awalnya dan berlarutan sehingga merosakkan tulang belakangnya dan paru-parunya.

Sumber: Mirror

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)