Siakap Keli

Dikecam Netizen, Model Pakai Selempang Tertera ‘Republic of Malaysia’, Penganjur Tampil Mohon Maaf

Satu pertandingan ratu cantik yang diadakan di Myammar tular di media sosial mengenai kesalahan penggunaan nama ‘Republic of Malaysia’ oleh seorang model yang didakwa sebagai wakil untuk Malaysia.

Bagaimanapun, penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa (MCAI) telah memohon maaf secara terbuka di laman Facebooknya hari ini.

“Kami sebagai penganjur MCAI Myanmar 2019 ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan menggunakan nama ‘Republic of Malaysia’. Kesilapan ini juga tidak datang daripada peserta Malaysia namun ianya atas kesilapan kami.”

Sehubungan dengan itu, pihak MCAI juga menjelaskan bahawa pihak mereka sudah menukarkan nama ‘Republic Of Malaysia’ itu kepada ‘Borneo’ melalui perbincangan dengan pihak organisasi Malaysia di dalam ruangan komen berkenaan.

Kami memohon maaf atas gangguan ini dan kami berharap tidak ada kata-kata negatif untuk perkara ini lagi. Kami sayang Malaysia.”

Sebelum ini, video model wanita berkenaan tular di media sosial dan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak kerana dikatakan wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebelum menyatakan dia mewakili ‘Republic of Malaysia Truly Asia’.

Sumber: Miss Crystal Angel International

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)