Siakap Keli

“Nampak Benda Bergerak Panjang 6cm,” Ibu Cemas Anak Batuk Keluar Cacing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sememangnya kanak-kanak mempunyai antibodi yang lemah ekoran tubuh badannya yang masih kecil. Disebabkan itu, persekitaran dan juga pemakanan sangat penting untuk dititik beratkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka. Sekiranya perkara ini tidak diteliti oleh ibu bapa, kanak-kanak mudah mendapat penyakit seperti masalah cacing dalam tubuh badan.

Perkara ini ekoran perkongsian oleh seorang doktor yang merawat seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengalami masalah cacing.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menurut Doktor Faruq menerusi laman Twitter miliknya, dia mendapat panggilan untuk merawat seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang batuk sehingga mengeluarkan cacing.

Kanak-kanak itu telah dibawa oleh ibunya untuk mendapatkan rawatan pembasmian cacing apabila mengalami demam selama tiga hari.

Secara klinikalnya, kanak-kanak itu kelihatan mengalami keletihan, tachypnic, tachycrdic dan kelihatan mengalami keracunan. Beberapa pemeriksaan lanjut dijalankan kepada beberapa bahagian tubuh badan kanak-kanak tersebut.

Setelah kanak-kanak itu dipindahkan ke bilik rawatan, pemeriksaan Xray telah dijalankan. Selain itu, sesuatu yang bergerak kira-kira 5-6 cm panjangnya juga dikesan.

Walau bagaimanapun, cacing itu telah berjaya dikeluarkan daripada mulut kanak-kanak tersebut. Namun, apa yang mengejutkan ialah saiz cacing itu yang besar dan panjang yang berada di dalam tubuh kanak-kanak tersebut.

 

Namun, apa yang boleh dipelajari menerusi kisah ini ialah penjagaan kebersihan adalah sangat penting terutamanya bagi kanak-kanak. Bukan hanya sekadar penjagaan makanan, kebersihan lain seperti tidak memakai kasut pada kawasan hutan sememangnya akan mengundang masalah cacing di dalam badan.

Bagi kes ini, tidak hairanlah kerana kanak-kanak itu merupakan orang asli yang mempunyai tahap kebersihan yang tidak baik.

Bagi memastikan kanak-kanak lain tidak turut menerima nasib yang sama, sangat dinasihatkan untuk mendapatkan sirap albendazole sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan seorang kanak-kanak yang berumur 1 tahun hingga 5 tahun.

Sumber: faruqzulkafli

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra