Siakap Keli

(Gambar) Direka Oleh Anak Jati Indonesia, Masjid Dengan Rekaan Bumbung Minangkabau Ini Jadi Perhatian Dunia

Rekaan-rekaan masjid di seluruh dunia sering menjadi perhatian pelancong. Masjid-masjid seperti Masjidil Haram, Masjid Al-Aqsa dan The Blue Mosque sentiasa menjadi tumpuan.

Terbaru, masjid yang terletak di Sumatera Barat, Indonesia digelar Grand Mosque of West Sumatera. Masjid ini direka oleh anak tempatan yang bernama Rizal Muslimin. Beliau, pernah memenangi pertandingan masjid-masjid yang baru dibina pada tahun 2007. Pertandingan tersebut juga disertai peserta-peserta dari seluruh dunia.

Keunikan Grand Mosque ini adalah pada rekaan bumbungnya yang diinspirasi daripada rumah-rumah Minangkabau yang banyak terdapat di sekitar Sumatera Barat. Bentuk bumbung juga melambangkan empat pemimpinpuak suku Quraisy ketika sedang mengangkat Batu Hitam (Hajarul Aswad) ke tempatnya di Mekah sekarang.

Bangunan utama terdiri daripada tiga tingkat. Dewan solat utama terletak di tingkat dua. Masjid ini mampu menampung seramai 20,000 orang.

Sumber : Asean Skyline

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)