Siakap Keli

Malaysia Bakal Lancarkan Gojek dan Dego Ride Bermula Januari 2020

Malaysia bakal melancarkan teksi motosikal seperti Gojek dan Dego Ride bermula Januari 2020, kata Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke.

Gojek dan Dego Ride akan mula beroperasi bermula tahun hadapan dan tempoh ujian selama lebih 6 bulan akan turut dijalankan bagi mengkaji permintaan pelanggan terhadap servis ini.

“Teksi motosikal ini akan jadi penting dan menyediakan pengangkutan awam yang komprehensif,” kata Anthony lagi.

Projek ini akan dimulakan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu dan akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain yang mendapat permintaan tinggi.

Sumber : Channel News Asia

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)