Siakap Keli
Foto : Fii Tee

“Tolonglah Jangan Tangkap Spesis Ini,” Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Korang Perlu Elak Tangkap Ikan Parrot

Ramai yang tidak menyangka bahawa kebanyakan spesis ikan mengalami hidupan terancam sama ada ikan di laut mahupun ikan di sungai. Malah jika disebut nama ikan tersebut, kemungkinan orang ramai tidak pernah tahu kewujudannya.

Melalui satu hantaran kiriman di laman Facebook, tentang ikan parrot atau nama yang sering digunakan adalah ikan ketarap atau bayan.

Berdasarkan kiriman Fii Tee, dia melihat banyak ikan spesis ini dijual di sebuah pasar di Filipina. Dengan secara tiba-tiba langkahnya terhenti kerana kesal dengan sesetengah sikap penjual ikan yang masih lagi menjual ikan ini.

“Saya berhenti langkah dengan cepat dan berkata ini tidak bagus dan tidak betul, sambil menangkap gambar ikan tersebut. Saya berasa kasihan terhadap ikan parrot tersebut. Ya, memang boleh di makan tapi masalah diversiti perlu dititkberatkan.”

Ikan parrot atau bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup.

Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang (rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari). Dan jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan (parrotfish), maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati.

Menurut kiriman tersebut, ikan ini menghabiskan 90% peratus waktunya untuk memakan rumpai di permukaan batu karang. Ia juga mampu menghasilkan lebih 300 kilogram pasir setahun untuk seekor ikan.

Tambahnya lagi, jumlahnya sudah berkurangan dan tahap alga sangat tinggi. Sejak dahulu, terumbu karang sangat sihat berbanding sekarang.

Tolong jangan memancing dan memakan spesis ini. Ia sangat terancam. Untuk para nelayan, katakan tidak untuk menangkap ikan ini. Tolonglah jangan membeli ikan ini supaya mereka (nelayan) tidak menangkap spesis ini.

Sumber: Fii Tee

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)