Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tular Gambar ‘Insta Famous’ Bercumbu Dengan Suami, Peguam Dakwa Kelakuan Itu Satu Kesalahan Jenayah Syariah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini tular sekeping gambar sedang bercumbu dengan pasangannya yang dimuatnaik di media sosial oleh seorang instafamous mengundang kecaman warganet. Bahkan sebelum ini ada juga beberapa individu yang pernah berkelakuan seperti ini.

Walaupun tindakan tersebut tidak salah dan dilihat romantis, namun ramai yang mempertikaikan tindakan tersebut.

Bukan itu sahaja, tindakan tersebut juga turut mendapat perhatian daripada peguam syariah,  Muhammad Syarafi dan memberi penjelasan untuk perkara tersebut.

“Perbuatan seperti ini boleh kita kategorikan sebagai salah satu dari Kesalahan Jenayah Syariah”

Pertamanya kita perlu kenalpasti terlebih dahulu jenis kesalahan yang dibuat, Kalau kita lihat, ianya boleh diklasifikasikan dibawah “perbuatan tidak sopan di tempat awam” mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Maksud Kelakuan tidak sopan di tempat awam bermaksud “apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang Islam dengan sengaja iaitu yang bertentangan dengan syarak secara terbuka di mana-mana tempat awam.”

Dalam Enakmen kesalahan jenayah tidak diterangkan secara spesifik maksud perbuatan tidak sopan tu. Jadinya sebagai pelengkap kepada tafsiran dalam Enakmen tu, kita merujuk kepada Arahan Amalan No 8 Tahun 2005 yang menjelaskan secara lanjut maksud “perbuatan tidak sopan” tu.

Kalau perasan disitu ada di jelaskan “bercumbu-cumbuan” juga dikategorikan sebagai salah satu perbuatan tidak sopan di tempat awam walaupun yang bercumbu itu adalah pasangan SUAMI ISTERI yang sah.

Selagi mana kita ni:

1. Orang Islam yang sah

2. Rakyat Malaysia yang sah

3. Pasangan suami isteri yang sah.

Kita masih tertakluk kepada:

1. Rukun Negara (Kesopanan & Kesusilaan)

2. Undang-undang Syariah Negeri

 

Sumber: Muhammad Syarafi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)