Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Dianggap Hero, Petugas ‘Ubah’ Takdir Lelaki Daripada Digilis Kereta Api

Berpantang maut sebelum ajal, itulah pepatah sesuai yang boleh digambarkan kepada seorang lelaki apabila nyaris terjatuh ke dalam landasan kereta api semasa kenderaan berkelajuan tinggi itu menghampiri stesen.

Detik mencemaskan itu yang berlaku di sebuah stesen Oakland, California itu bermula apabila seorang lelaki mabuk dipercayai hampir terjatuh ke dalam landasan tersebut. Namun, mujurlah petugas stesen itu sempat menarik lengan dan bahu lelaki terbabit ke atas platform.

Petugas yang dikenali sebagai O’Connor itu telah dilabelkan sebagai hero apabila berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan. Sekiranya dia tidak melakukan tindakan pantas itu, sudah pastinya lelaki mabuk itu akan digilis dan maut.

Menurutnya, dia tidak mahu melihat lelaki itu mati dan melakukan apa yang sepatunya.

 Kereta api itu akan membuatkan badannya terbelah dua. Saya tidak mahu melihat lelaki ini mati. Saya hanya melakukan apa yang sepatutnya.

Rata-rata penumpang yang berada di platform mengelilingi petugas dan lelaki berkenaan. Malah, ada juga yang memberikan sokongan terhadap mereka selepas mengalami detik yang sangat mencemaskan.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra