Siakap Keli

(Video) Sikit Lagi Nak Jatuh, Kucing Jadi ‘Hero’ Halang Bayi Merangkak Menuju Tangga Curam

Walaupun kucing hanyalah sebagai haiwan peliharaan, namun haiwan manja ini sering mendapat perhatian dalam kalangan manusia. Apa tidaknya, kucing peliharaan yang seperti mempunyai emosi dan kerohanian yang sering dipancarkan kepada manusia. Disebabkan itu, tidak hairanlah terdapat segelintir pencinta kucing yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk haiwan perliharaan itu.

Kadangkala, kucing juga boleh menyelamatkan nyawa manusia dengan tindak tanduk mereka. Melalui satu video yang tular, seekor kucing dilihat menghalang seorang bayi yang merangkak berhampiran tangga dan hampir terjatuh ke bawah.

Menerusi rakaman tersebut, bayi itu dilihat sedang merangkak menuju ke tangga. Tersedar dengan pergerakan bayi tersebut, kucing peliharaan itu berlari untuk mendapatkan bayi berkenaan dan menghalangnya daripada terus merangkak. Disebabkan itu, bayi itu terpaksa berpatah balik dan dia selamat daripada risiko terjatuh tangga.

Menerusi tindakan kucing ini, ianya mendapat pujian rata-rata netizen yang juga lega apabila kanak-kanak itu tidak terjatuh pada tangga yang curam. Kucing sememangnya sejenis haiwan yang penyayang, namun ada kalanya kucing juga boleh menyelamatkan nyawa ahli keluarga kita.

Sumber: China Press

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra