Siakap Keli

(Video) “Tukang Kipas Ni Kena Bagi Anugerah..,” Gelagat Murid Comel Tolong Kipas Cikgu Cuit Hati Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah diviralkan kerana kecomelan gelagatnya bermain hula hoop tular di media sosial baru-baru ini membuatkan netizen jatuh hati dengan telatah adik Maisarah.

Terkini, sekali lagi video comel adik Maisarah muncul di media sosial dengan gaya ‘mengipas’ gurunya di sekolah. Rakaman video tersebut telah dimuatnaik di laman Twitter Fazri Hassan yang merupakan guru kegemaran.

Setiap tempat kerja mesti ada je tukang kipas nak bodek bos kan… ish ish ish tak bagus tak bagus Tapi tukang kipas yang ni saya patut bagi anugerah. 

Mood anak murid semua happy hari ni, tiada yg nak pecahkan kepala sendiri, tiada yg tantrum, tiada yang nangis. semua baik. Dah cikgu dia yg kena jadi Datuk Harimau waktu PJ, memanglah semua gembira.

Bahkan, gelagatnya itu mencuri hati para netizen di laman Twitter.

“Boleh pinjam Maisarah untuk jadi pengapit saya nanti”

Sumber: Fazri Hassan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)