Siakap Keli
Foto: Kapt Mohd Aiman Mohd Halim

“Alhamdulillah..,” Gadis Tentera Peluk Islam, Ucap Dua Kalimah Syahadah Di Markas Tentera

Hidayah milik Allah. Hidayah untuk memeluk Islam itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang secara lancar dan tenang malah ada juga yang datang dalam bentuk cabaran yang berliku.

Sebagai seorang Muslim, sememangnya tidak dapat dinafikan perasaan gembira apabila menerima perkhabaran tentang kehadiran saudara baru.

Baru-baru ini, seorang gadis berpangkat Pbt daripada Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia (MK TD-CSM) berhujrah kepada agama Islam menerusi laman rasmi Berita Tentera Darat Malaysia.

Gadis yang bernama Patrica Evelyn Renggei berasal daripada Kapit, Sarawak ini telah menukar nama Islamnya kepada Nurul Umairah Zahra.

Beliau mengakui tertarik dengan agama Islam sejak di zaman persekolahan lagi dan hasrat untuk memeluk agama Islam semakin kuat apabila ditukarkan dari JRP ke CSM disebabkan mendapat sokongan yang penuh dari pegawai serta rakan sejawat.

Majlis pengislaman ini didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan tazkirah ringkas yang dipimpin oleh Pengarah Agama MK TD, Kol Muhamad Azmi Wahab.

Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Pengarah Sumber Manusia MK TD, Kol Safwan@Asri Ismail dan diakhiri dengan bacaan doa selamat serta jamuan kesyukuran.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur di ruangan komen dan mengucapkan tahniah kepada Nurul Umairah atas penghijrahannya itu.

 

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia, Patricia Evee

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)