Siakap Keli

“Anak Terjaga Jam 2 Pagi Ketakutan,” Isteri Anggota Polis Maut Dirempuh Cerita Detik Terakhir Suami

Semalan, dilaporkan dua orang anggota polis maut apabila dirempuh oleh sebuah lori semasa bertugas bagi satu sekatan jalan raya di Jalan Changong, Pasir Puteh. Kematian kedua-dua anggota polis itu sememangnya dirasai oleh ahli keluarga dan juga anggota yang lain.

Antaranya ialah isteri kepada salah seorang anggota polis yang terkorban menceritakan detik-detik terakhir arwah suaminya, Lans Korperal Mohamad Johari Rosli, 32 bersama keluarga. Menurut balu Allahyarham, Norhafiza Binti Fazil, 28, suaminya ada memujuk anak lelaki mereka yang baru berusia empat tahun sebelum keluar menjalankan tugas.

Sudah menjadi kebiasaan bagi anak lelaki mereka untuk bermain dengan bapa sebelum melelapkan mata setiap malam. Disebabkan komited dengan tugas, arwah memujuk anaknya dengan mengatakan itu adalah hari terakhir untuknya bekerja. Dia juga turut berjanji untuk membawa anaknya keluar keesokan hari untuk menggunting rambut.

Jadi sebelum keluar dari rumah, anak saya ada merajuk suami mahu keluar bekerja, jadi itu yang dia kata malam ini sahaja dia ‘last’ bekerja dan berjanji untuk bawa anak saya keluar gunting rambut esoknya.

Tambah Norhafiza lagi, dia merasakan tidak sedap hati pada malam itu apabila anaknya sulungnya tiba-tiba terjaga pada pukul jam 2 pagi dalam keadaan ketakutan dan tidak memberitahu sebarang sebab.

Dia mengetahui berita kemalangan yang menimpa suaminya apabila dimaklumkan oleh dua anggota dan perlu pergi ke Pusat Perubatan Forensik di HSI.

Walaupun ketika itu masih tidak diberitahu sebarang perkembangan mengenai keadaan suaminya, fikirannya sudah bercelaru dan memikirkan bukan-bukan tambahan lagi mendapat panggilan daripada bapa mertua yang memintanya untuk bersabar.

Allahyarham mempunyai seorang balu dengan tiga orang nak Muhamad Haziq Hakimi berusia empat tahun, Nur Hassya Adrina berumur 3 tahun dan Nur Hanna Aleesya, 11 bulan.

Sumber: Sinar Harian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra