Siakap Keli

Ayah Tiri Didakwa Pijak Perut, Punggung Anak Sampai Mati Kerana Dipercayai Terberak Dalam Seluar

Seorang bapa dari indonesia didakwa telah melakukan tindakan diluar jangkaannya apabila dia bertindak memijak perut dan punggung anak tirinya sehingga mati hanya kerana dipercayai anaknya itu terberak di dalam seluar.

Pada awalnya, dia mengatakan bahawa anaknya itu yang berusia 3 tahun telah mati lemas di dalam bilik air ketika sedang mandi.

Menurut Sosok, perbuatan bapa tiri itu terbongkar selepas pihak berkuasa melakukan pemeriksaan  dan terdapat pendarahan dibahagian usus akibat dari luka yang teruk. Malahan, terdapat juga kesan lebam dibahagian punggungnya.

Lelaki itu tidak dapat mengawal emosi apabila terpaksa membasuh berak anak tirinya, kemudiannya membawa kanak-kanak perempuan itu ke tandas untuk dibersihkan najisnya.

Malangnya, semasa dia membersihkan najis anak tirinya, kanak-kanak malang itu terjatuh dan dia mengambil kesempatan dengan memijak punggung kanak-kanak tersebut sebanyak dua kali.

Tidak cukup dengan itu, dia memijak bahagian perut budak itu sehingga meraung kesakitan dan sawan.

Panik dengan tindakannya itu, dia telah bertindak menyapu ubat dibahagian yang dipijak bagi mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mangsa.

Kemudian suspek membawa kanak-kanak perempuan itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun malangnya kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.

Kini beliau telah ditahan dan akan didakwa dibawah akta perlindungan kanak-kanak dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Bila ditanya kenapa dia melakukan perbuatan tersebut kepada anak tirinya. Dia memberitahu bahawa beliau ingin memberi pengajaran kepada anak tirinya itu kerana sering membuang air besar dan kecil sesuka hati.

“Awalnya untuk beri pelajaran buat dia. Dia sering buang air besar dan pipis sembarangan,” katanya lagi, dia jarang memukul kanak-kanak malang itu, tetapi sering mencubitnya di lengan dan paha.

Sumber: Sosok, Malang post

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)