Siakap Keli

Bermotif Dendam, Lelaki Bunuh Bekas Isteri Sarat Hamil Guna Anak Panah

Disebabkan dendam, seorang lelaki didakwa membunuh bekas isterinya yang sarat hamil dengan menggunakan busur silang.

Ramanodge Unmathallegado, 51, dipercayai mengambil masa setahun merancang untuk menembak dan membunuh bekas isterinya, Devi, 35. Dia mendakwa wanita itu meninggalkannya untuk bersama dengan lelaki lain.

Ramanodge tiba di rumah keluarga Devi di timur London dilengkapi dengan dua busur silang bertujuan untuk membunuh Devi dan Imtiaz Muhammad, pasangan baru kepada wanita itu.

Lelaki itu juga membawa anak panah, tukul, pisau dan gunting dalam serangan yang berlaku pada 12 November tahun lalu.

Devi dikejar oleh Ramanodge dan ditembak semasa dia cuba untuk melarikan diri, ‘bolt’ busur silang menembusi tubuhnya serta mencucuk bahagian jantungnya sehingga doktor tidak mampu untuk menyelamatkannya. Bayi di dalam kandungannya dikeluarkan melalui kaedah pembedahan.

Pihak pendakwa, Richard Horwell QC memberitahu juri bahawa kejadiaan ini boleh dikira sebagai tindakan untuk membalas dendam yang sekurang-kurangnya menyebabkan kematian Devi.

“Walaupun Devi menjadi sasaran utamanya namun dia juga berniat untuk membunuh Imtiaz Muhammad dan defendan juga merancang serangan ini selama berbulan-bulan dengan kelengkapan pelbagai senjata dan peralatan,” katanya.

Ramanodge bagaimanapun menafikan semua dakwaan ke atasnya dan perbicaraan masih lagi diteruskan.

Sumber: Metro UK

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra