Siakap Keli

Dipercayai Malu Lahir Anak Luar Nikah, Bayi Ditemui Mati Didakwa Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Oleh Ibu Sendiri

Seorang pengasuh di Palembang, Indonesia didakwa memasukkan bayinya yang dipercayai baru sahaja lahir ke dalam mesin basuh gara-gara malu kerana bayi itu merupakan anak luar nikah. Bayi itu kemudiannya ditemui sudah tidak bernyawa.

Wanita tersebut dipercayai melakukan perbuatan keji itu pada hari isnin (4/11) di rumah majikannya yang juga merupakan tempat kerjanya.

“Saya hanya memasukkan bayi itu ke dalam mesin basuh itu sahaja, tapi saya tidak menghidupkan pun mesin basuh itu. Malahan saya menyelimuti bayi itu bersama dengan selimut kerana malu orang nampak,” dakwa wanita itu ketika di temu ramah oleh media tempatan.

Gambar hiasan

Wanita itu turut menyatakan bahawa dia berasa malu kerana bayi yang dilahirkannya itu dilahirkan tanpa ayah. Dia juga memberitahu bahawa teman lelaki yang menghamilkannya itu tidak mahu bertanggungjawab serta tidak dapat dikesan.

“Teman lelaki saya terus menghilangkan diri setelah mengetahui yang saya sedang hamil,” terangnya.

Wanita tersebut turut mendakwa bahawa dia telah mengenali teman lelakinya itu selama 8 bulan, namun dia tidak pernah tahu tempat teman lelakinya itu bekerja mahupun tinggal.

“Saya tak tahu dimana, saya pun mula-mula berkenalan dengannya melalui telefon. Dia hubungi saya, selepas itu baru kami bertemu. Saya berani sahkan bahawa bayi itu adalah anak dia bukan orang lain,” kata wanita itu.

Meskipun begitu, wanita tersebut mengaku bahawa dia tidak ada niat langsung untuk membunuh bayinya itu. Dia mengaku yang kejadian tersebut berlaku atas kesilapan dirinya. Dia menyelimut bayi itu hanya untuk sementara sahaja.

“Saya hanya berasa malu, takut orang tahu. Niat sebenar saya adalah untuk serahkannya ke rumah anak yatim, jauh sekali niat untuk membunuhnya,” ujarnya.

Pihak berkuasa Indonesia masih lagi menjalankan siasatan ke atas kes tersebut. Wanita tersebut kini berada di bawah tahanan polis Palembang. Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber: detik news

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.