Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Kaji Semula Penutupan Khidmat Tambah Nilai Kad Touch ‘n Go – Azmin

Kuala Lumpur : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) digesa mengkaji semula keputusan menutup perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG) di lorong keluar plaza tol milik syarikat itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PLUS perlu mengambil kira pandangan pengguna yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Katanya, langkah menutup lorong tambah nilai TnG itu mungkin keputusan yang diambil pengurusan syarikat berkenaan.

PLUS menamatkan khidmat tambah nilai TnG berkenaan mulai 5 Nov bagi mengurangkan kesesakan ekoran aktiviti tambah nilai di semua plaza tol di wilayah utara (antara Hutan Kampung dan Ipoh Utara) dan wilayah selatan (antara Seremban dan Skudai).

”Saya berharap pihak pengurusan PLUS dapat meneliti semula keputusan tersebut dengan mengambil kira pandangan pengguna lebuh raya.

“Dan mereka (PLUS) harus menyediakan pilihan bagi kemudahan pengguna,” kata Mohamed Azmin  kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tegas Mohamed Azmin, PLUS perlu memberi perhatian terhadap pandangan yang disuarakan pengguna termasuk badan bukan kerajaan (NGO) memandangkan kemudahan itu selama ini memberi keselesaan kepada mereka selaku pengguna lebuh raya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.