Siakap Keli

Kejam, Foto Bangkai Anak Kucing Terbakar, Netizen Kesal Tindakan Pelaku

Kucing merupakan haiwan yang boleh dikatakan paling banyak dipelihara terutamanya di Malaysia. Sikapnya yang manja telah menambat hati ramai orang sehingga ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kucing kesayangan mereka. Walaupun begitu, ada juga segelintir masyarakat yang tidak berperikemanusiaan menyiksa haiwan tersebut.

Menerusi beberapa perkongsian di laman Facebook, terdapat gambar yang memaparkan beberapa ekor bangkai kucing yang telah mati. Lebih menyayat hati, kucing-kucing tersebut dilihat mati dalam keadaan hangus terbakar. Jika diteliti pada gambar, kucing-kucing berkenaan dilihat masih bersaiz kecil dan dikatakan sebagai anak kucing.

Insiden menyayat hati itu dipercayai berlaku di Rembau, Negeri Sembilan. Ianya sangat menyayat hati ramai orang terutamanya bagi pencinta haiwan negara ini. Kejadian seperti ini perlu dipandang serius ekoran pelbagai kejadian pembunuhan haiwan seperti kucing dan anjing yang berlaku sejak kebelakangan ini.

 

Tidak tahu apakah punca utama perbuatan ini, rata-rata netizen sangat kesal dengan tindakan yang sanggup menyiksa haiwan dengan sedemikian rupa. Rata-rata netizen nyata kesal dengan insiden ini dan berharap pelakunya mendapat balasan yang setimpal.

“Kenapa manusia semakin hilang sifat kemanusiaan”

“Apa dah jadi manusia sekarang ni.. Zalim sangat dengan binatang kesayangan Nabi dan kita semua”

“Kepanasan api neraka sedang menunggu pembakar-pembakar kucing”

Sumber: D’Cat D’ Hati

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.