Siakap Keli
Kredit: Metro.co.uk

Mata Tersembul & Buta, Anjing Didakwa Menderita Kerena Stress Dengar Bunyi Letupan Mercun

Seorang pemilik anjing mendakwa haiwan peliharaannya menjadi buta apabila matanya tersembul ketika pertunjukan bunga api dipercayai akibat terlalu stress dan tertekan.

Margaret Adams, 85 mendakwa anjingnya kelihatan tidak tentu arah ketika pertunjukan berlangsung dengan cuba memanjat dinding dan menyorok di sudut yang gelap.

“Kami hanya bersantai menonton televisyen ketika seseorang mula bermain mercun. Ia menjadi tertekan dan mula cuba memanjat dinding serta pergi ke sudut gelap,” katanya.

“Saya tak perasan sehingga keesokan harinya matanya jadi lain. Jadi saya bawa ia ke doktor haiwan dan mendapati lensa matanya telah pecah.”

Katanya lagi, doktor terpaksa membuang kanta mata haiwan berkenaan berikutan ia menderita glukoma pada kedua-dua mata menyebabkannya menjadi buta.

Tambah Margaret, setelah menjadi buta, anjing itu terlanggar barang dan memerlukan penjagaan teliti. Haiwan tersebut merupakan pemberian anak perempuannya sebagai peneman setelah suaminya meninggal dunia.

“Sekarang ini, saya yang lebih menjaganya daripada ia menjaga saya.”

Margaret menyokong larangan bermain mercun di tempat awam yang didakwa boleh mendatangkan trauma kepada veteran perang dan haiwan.

Sebelum ini, seekor anak anjing mati kerana serangan jantung akibat ketakutan ketika pertunjukan bunga api yang disertai bunyi letupan yang bising.

Kredit: Metro.co.uk

Sementara itu baru-baru ini, seorang pemilik anjing turut berkongsi video haiwan peliharaannya yang menggigil ketakutan setelah terdengar bunyi mercun.

Sumber: Metro.co.uk

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.