Siakap Keli

Pelindung Hutan Amazon Maut Didakwa Ditembak Pembalak Haram

Pelindung hutan amazon bernama Paulo Paulino Guajajara yang lebih dikenali sebagai Lobo didakwa ditembak mati di hutan tersebut oleh pembalak haram pada Sabtu lalu. Ia adalah insiden terbaru dalam gelombang keganasan yang mensasarkan pelindung tanah asli sejak pilihan raya Presiden Brazil Jair Bolsonaro tahun lalu.

Lobo terbunuh apabila dia dan pelindung hutan lain diserang oleh sekumpulan pembalak haram di dalam kawasan Araribóia di negeri sebelah timur laut Maranhão menurut João Coimbra Sousa, penyelaras bidang dan penasihat undang-undang untuk Amazon Watch, di São Luís di negeri timur laut Maranhão. Dan di San Francisco, kami bercakap dengan Christian Poirier, pengarah program di Amazon Watch.

Pemuda berusia 26 tahun itu akhirnya tewas di tangan kumpulan pembalak haram itu setelah ditembak di bahagian muka manakala kawannya cedera teruk dan dihantar ke hospital oleh pemimpin puak Laercio Guajajara.

Lobo yang dikenali sebagai penjaga hutan itu telah melakukan aktiviti ini pada tahun 2012 bagi melindungi kawasan hutan, suku kaum dan beberapa puak lain yang tinggal jauh dalam hutan.

Sumber : democracynow

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)