Siakap Keli

Penggambaran Filem Superhero Baru Terhenti Gara-Gara Penemuan Bom Lama Masih Aktif

Pengambaran filem The Eternals di Pulau Canary terpaksa dihentikan selepas kru produksi dimaklumkan dengan penemuan bom lama yang masih lagi aktif.

Tempat itu juga dipercayai bekas tapak kem tentera Jerman dan bom yang dijumpai ialah hasil peninggalan Perang Dunia Kedua.

Kru dan para pelakon terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Penemuan itu sangat menakutkan semua kru produksi kerana bom itu telah lama tidak ‘disentuh’ dan memerlukan bantuan pakar profesional untuk menghapuskannya.

Pulau Canary juga perlu dikosongkan buat sementara waktu bagi memudahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan di tempat itu.

Ramai pelakon yang terlibat dalam pengambaran di pulau itu antaranya Angelina Jolie, Richard Madden dan Ma Dong Seok.

The Eternals merupakan sebuah lagi filem superhero dari Marvel yang dinantikan oleh peminat-peminat dari seluruh dunia.

Sumber: NME

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra