Siakap Keli

Pernah Dengar Lagu ‘Nursery Rhymes’? Ini Sejarah Hitam Disebaliknya Sebelum Jadi Lagu Kanak-Kanak

Sapa yang tidak kenal lagu-lagu Nursery Rymes? Hampir semua kanak-kanak membesar dengan lagu-lagu ini antaranya Baa Baa Black Sheep, Three Blind Mice, Ring Around The Rosie.

Puan Eleena M dalam satu bebenang di Twitternya telah berkongsi tentang kisah-kisah hitam disebalik lagu-lagu nursery rymes. Ini petikan dari ciapan Twitter Puan Helena.

DISEBALIK LAGU NURSERY RHYMES ADA KISAH HITAM TERSEMBUNYI                                                                                                 

Sebentar tadi masa dodoikan anak2 kecil saya, Didi dan Lily, saya pasang lagu nursery rhymes. Antaranya Baa Baa Black Sheep, Three Blind Mice, Ring Around The Rosie. Lagu ini ada cerita hitam, dan dijadikan lagu kanak2.

 

1. BAA BAA BLACK SHEEP Lagu ini sebenarnya merupakan lagu protes terhadap cukai bulu kambing yang dilaksanakan oleh Raja Edward I pada 1275, kerana mahu membiayai perang menentang pemberontakan di Wales, berperang dengan Scotland dan Perancis.

Lagu ini menyentuh sistem kelas pada zaman itu dimana bagaimana harta negara dibahagikan. Master merujuk pada Edward I, dame merujuk kepada tuan tanah, dan ‘little boy who lives down the lane’ merujuk kepada harta rakyat yang dibahagi semuanya.

Pun begitu lagu ini juga turut digunakan oleh golongan anti penghambaan di England pada kurun ke-18 dan di Amerika Syarikat di era sebelum Perang Saudara, merujuk kepada penghambaan kaum Afrika di negara tersebut.

Pada asalnya ia tidak mempunyai melodi, dan melodi ditambah pada tahun 1740 berdasarkan lagu rakyat Perancis, Ah! Vous dirai-je, maman dan muziknya kemudian diolah oleh Mozart pada 1781. Selain Baa Baa Black Sheep, lagu ABC dan Twinkle2 Little Star juga berdasarkan melodi ini.

2. LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN

London Bridge Is Falling Down mempunyai banyak teori. Antaranya adalah serangan tentera Olaf II dari Norway ke atas England pada 1014 yang meruntuhkan jambatan di Sungai Thames. Lagu ini juga dikatakan mengisahkan ritual korban kanak-kanak.

Yang dilakukan secara ritual pada satu masa dahulu, walaupun pakar sejarah tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut. Selain itu, lagu ini juga dikaitkan dengan kebakaran besar London pada 1666 yang mengakibatkan jambatan itu musnah akibat kebakaran tersebut.

Bagaimanapun yang popular ialah tentang korupsi semasa pembaikan jambatan ini di zaman Henry I, dimana kos membina jambatan ini dikatakan disonglap oleh gundik baginda, Matilda dari Scotland.
3. THREE BLIND MICE
Lagu ini dikatakan mengisahkan tentang hukuman bunuh terhadap 3 paderi Anglikan oleh Ratu Mary yang menganut Katolik. Ratu Mary, dikenali sebagai Bloody Mary membutakan mata paderi2 ini, pun begitu mengikut catatan sejarah, paderi2 ini dibakar hidup2.
Dikatakan maksud “3 blind mice” itu merujuk kepada paderi tersebut yang “membutakan” hati mereka dengan menolak ajaran Katolik. Lagu ini ditulis oleh Thomas Ravencroft, merujuk kepada peristiwa sejarah tersebut.
Untuk kisah pergolakan Anglikan dan Katolik, boleh rujuk pada thread Guy Fawkes yang saya tulis: https://twitter.com/PopPelangi/status/1191575115777003521
4. RING AROUND THE ROSIE
Walaupun ramai yang mengaitkan lagu ini dengan Black Death yang berlaku pada 1347-1351 akibat wabak bubonik, yang mengakibatkan kematian 200 juta orang, tetapi ia sebenarnya mengisahkan Second Pandemic yang berlaku di London pada 1665.
Wabak bubonik yang berasal dari tikus, dikatakan membiak akibat dari kencing dan najisnya, disamping pembentungan najis yang tidak sistematik.
5. JACK AND JILL
Ada banyak kisah yang berkait tentang lagu ini, antaranya mengisahkan tentang cerita komedi pada zaman Elizabethan sekitar 1560an. Pun begitu ada yang mengaitkan tentang pembunuhan Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette dalam Revolusi Perancis 1789-91.
Semua ini boleh dirujuk dalam video ini serta banyak lagi lagu rakyat England yang dinyanyikan oleh kanak-kanak, mungkin sebenarnya menyeramkan. Kalau ada sesiapa tahu kisah disebalik lagu rakyat dari mana-mana negara, sila kongsi dengan saya. Saya ingin tahu ceritanya.

Sumber : Puan Eleena M

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)