Siakap Keli

Suami Abadikan Sperma Terakhir Dalam Cincin Buat Isteri

Seorang lelaki menyatakan hasrat yang agak luar biasa kerana mencari tukang emas untuk membantunya membuat cincin vasektomi. Lelaki yang tidak dikenali identitinya itu mempunyai lima orang anak sedang sedia untuk menjalani vasektomi pada akhir bulan November tetapi berharap untuk mengabdikan sperma miliknya ke dalam bentuk barang kemas.

Untuk yang tidak tahu, vasektomi adalah operasi kecil yang dilakukan untuk mencegah transportasi sperma pada testis dan penis. Vasektomi merupakan prosedur yang sangat efektif untuk mencegah terjadinya kehamilan kerana bersifat kekal.

Dia berhasrat untuk memberikan cincin tersebut kepada isterinya sebagai hadiah pada hari Krismas sekiranya dapat memenuhi impian berkenaan.

Menurutnya, isterinya sentiasa bergurau untuk menyediakan hadiah yang luar biasa. Jadi, dia menganggap bahawa ini merupakan sesuatu yang terbaik untuk memenuhi hasrat berkenaan.

Tambahnya lagi, dia memerlukan bantuan tukang emas untuk meletakkan sperma miliknya pada sebentuk cincin yang akan diberikan kepada isterinya. Walaupun menyedari perkara itu sesuatu yang pelik, namun dia tekad untuk melakukan perkara itu yang dianggap sebagai bermakna.

Saya tahu ini sangat pelik, tetapi saya akan mendapat vasektomi pada akhir bulan November dan ingin melakukan sesuatu yang lucu dengan beberapa sperma terakhir yang saya dapat.

Sumber: Mirror UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra