Siakap Keli

2 Lelaki Terkejut, Burger Yang Didakwa Disimpan Hampir 25 Tahun Bagaikan Baru Dibeli Semalam

Sebiji burger dari sebuah restoran makanan segera yang didakwa dibeli pada tahun 1995 dan disimpan dalam sebuah bangsal di Australia selama bertahun-tahun dipercayai masih lagi kelihatan elok, nyata dua lelaki yang kini menganggap burger berusia 25 tahun itu sebagai “mate” atau kawan mereka.

Casey Dean, 39, dan Eduards Nits, 38, mendakwa bahawa mereka telah membeli burger itu di sebuah restoran makanan segera yang terletak di Adelaide semasa mereka remaja dan telah menyimpan burger tersebut sejak dari itu.

Menurut Dean, pada awalnya mereka hanya bergurau berkenaan mahu menyimpan burger tersebut untuk jangka masa yang panjang. Namun pada hari ini, ianya telah menjadi kenyataan.

Walaupun saiz burger tersebut telah mengecil sedikit daripada saiz asalnya akan tetapi bentuknya masih lagi tidak berubah, tanda-tanda kulat juga tidak kelihatan, malahan ianya juga tidak berbau.

Lelaki tersebut turut menyatakan bahawa hubungan mereka dengan burger tersebut bakal menjangkau 25 tahun menjelang November 2020 ini.

Mereka percaya bahawa burger yang dimiliki mereka itu adalah merupakan burger yang tertua di dunia dan telah mengalahkan rekod burger yang dipegang dari Iceland yang didakwa berusia 10 tahun seperti yang telah tular sebelum ini.

Sumber: The Straits Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)