Siakap Keli
Kredit Foto: The Sun

Budak 7 Tahun Hampir Buta, Tulang Kepala Ternganga Diserang Anjing

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun hampir buta dan sebahagian tengkoraknya ternganga kerana diserang anjing.

Sophie Evans, 7, berasal dari Wombwell, South Yorkshire, ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami luka di bahagian muka dan kepalanya akibat di gigit anjing Gembala Jerman pada bulan Januari.

Ibu Sophie, Lyndsey, 34, tidak dapat menggambarkan ketakutannya ketika mendapat tahu bahawa anak perempuannya mengalami kecederaan yang serius sehingga tulang kepalanya terdedah.

Ibunya berkata “Saya mendapat panggilan telefon di tempat kerja yang menyatakan Sophie telah diserang dan saya berasa sangat sedih apabila saya melihat keadaannya ketika itu”.

Menurut Lyndsey, dia masih tidak percaya betapa beraninya Sophie yang hanya mengulurkan tangan dan berkata “mummy, saya OK” ketika ketibaannya di lokasi kejadian.

Lyndsey berkata Sophie dibawa ke sebuah hospital tempatan tetapi kemudiannya dipindahkan ke jabatan kecemasan Sheffield Children’s Hospital.

Dia berkata abang kepada Sophie, Jack, berusia 9 tahun  melihat kejadian itu dan berasa bimbang terhadap keadaan adiknya itu.

Sophie dibedah dan mendapat rawatan selanjutnya selama empat jam setengah oleh pasukan kecemasan pada keesokan harinya.

Dia dibenarkan pulang selepas dua hari menerima rawatan dan dibenarkan kembali ke sekolah selepas tempoh tiga minggu.

“Semua kakitangan yang bertungkus-lumus membantu kami sangat menakjubkan, tidak dapat saya luahkan bertapa saya berterima kasih kepada mereka kerana telah berusaha memberikan rawatan yang terbaik untuk Sophie” tambah ibunya lagi.

Kejadian yang menimpa Sophie merupakan perkara paling buruk yang pernah berlaku keatas keluarga mereka.

Keluarga itu kini sedang berusaha mengumpulkan dana bagi membina sebuah jabatan kecemasan baru di Sheffield Children’s Hospital.

Sumber: The Sun

Siti Natrah Jusof

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)