Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa sebentar tadi baru sahaja mengeluarkan kenyataan media berikutan dengan kejadian seorang pelajar tahfiz berusia 7 tahun yang dipercayai maut akibat dipukul rakannya baru-baru ini.
Berikutan dengan kejadian tersebut, seramai 3 orang pelajar di pusat tahfiz berkenaan yang berusia 13 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Menerusi akaun Facebook Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, beliau ada berkongsikan tentang nasihat pada ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke pusat tahfiz. Beliau juga turut tidak melepaskan peluang bagi menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terkesan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Saya selalu sebut tentang kepentingan pusat tahfiz berdaftar dengan pihak berkuasa supaya perjalanannya dipantau dengan baik dan terkawal.
Keselamatan para pelajar keutamaan perlu diberikan perhatian, sebab itu selalu diperingatkan para ibu bapa, pastikan pusat tahfiz hendak dihantar anak-anak berdaftar, infra yang baik, agar pelajar dapat mengikuti pengajian dengan sempurna dan selamat.
Sebelum ni diberitakan pusat tahfiz tidak mendapat kelulusan bomba dari segi keselamatan bangunan, ini juga perlu diberi perhatian ibu-bapa sewajarnya.
Takziah diucapkan atas insiden berlaku pada sebuah pusat tahfiz di Temerloh semalam yang melibatkan kematian seorang pelajarnya, ingatan bersama agar peristiwa sebegini tidak lagi berulang…
