Siakap Keli

Fenomena Cuaca Pelik, Ribuan ‘Telur’ Penuhi Pesisir Pantai Finland

Beberapa keping gambar yang diambil oleh seorang jurugambar amatur, Risto Mattila, memperlihatkan satu fenomena yang jarang-jarang berlaku  iaitu ribuan bola ais yang berbentuk telur menghiasi pinggir pantai Finland.

Pakar mengatakan bahawa proses yang jarang berlaku ini disebabkan oleh kepingan-kepingan kecil ais yang dibawa oleh angin dan air.

Mattila yang berasal dari pinggir bandar Oulu berkata beliau tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini.

“Saya bersama isteri di pantai Marjaniemi dan cuaca di sana sangat cerah serta agak berangin.”

“Kami terlihat fenomena yang luar biasa di sini iaitu adanya ‘telur salji’ dan ais di sepanjang pantai berhampiran saluran air,” katanya.

Bola ais tersebut meliputi kawasan sekitar 100 kaki dan saiz terkecil berbentuk telur manakala yang terbesar pula bersaiz bola.

Pakar cuaca BBC, George Goodfellow, berkata ais tersebut boleh membesar jika air laut membeku di permukaan.

Fenomena itu sebelum ini pernah dilaporkan berlaku di Lake Michigan, Chicago dan di Rusia.

Sumber: BBC News

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra