Siakap Keli

Jangan Ambil Mudah, Ini Tanda Kereta Korang Kena Tukar ‘Minyak Hitam’ Dengan Segera

Minyak pelincir sememangnya penting kepada semua kenderaan yang melibatkan enjin. Minyak pelincir atau lebih lazim disebut minyak hitam bertujuan untuk melancarkan pergerakan komponen di dalam enjin. Ada yang berpendapat bahawa minyak hitam perlu ditukar pada setiap 5000 atau 10000 kilometer mengikut jenis dan grednya.

Disebabkan perkara itu, kebanyakan pemandu hanya menumpukan jarak kenderaan itu berjalan tanpa menghiraukan tanda-tanda penting lain untuk menukar minyak pelincir. Akibatnya, enjin kenderaan mereka mengalami pelbagai masalah seperti kehausan minyak pelincir. Oleh yang demikian, kami senaraikan lima tanda-tanda penting untuk anda menukarkan minyak hitam kenderaan anda.

  1. Minyak gelap dan kotor

Minyak hitam yang bersih atau yang masih baru sebenarnya berwarna amber. Namun, selepas beberapa jarak perjalanan yang ditempuhi, cecair itu akan menjadi gelap dan kotor dari semua zarah yang dikumpulkan dari dalam enjin.

Oleh yang demikian, pemeriksaan warna minyak pada setiap bulan adalah sangat penting supaya dapat membuat persediaan awal sekiranya cecair itu berwarna hitam pekat.

2. Bunyi enjin lebih kuat dan ‘mengetuk’

Minyak pelincir yang masih bersih dan pekat sebenarnya melindungi sentuhan komponen logam di dalam enjin yang bergerak. Namun, apabila cecair itu semakin cair dan berwarna hitam, ia menandakan cecair itu sudah tidak relevan untuk digunakan. Disebabkan itu, enjin akan kedengaran lebih kuat dan bunyi seperti ‘mengetuk’.

Gambar: Car and Driver

3. Lampu minyak enjin atau lampu teko aladdin

Apabila lampu pada simbol teko di papan meter kenderaan anda menyala, itu menandakan terdapat masalah bagi minyak enjin seperti kekurangan cecair. Oleh itu, apabila anda mendapati cahaya ini menyala, perlulah menukarkan cecair itu secepat mungkin. Lampu berkenaan sangat penting untuk dititik beratkan ataupun anda terpaksa menelan belanja yang lebih besar atas kerosakan enjin.

Gambar: Business Insurance

4. Asap daripada ekzos

Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kenderaan kecil seperti kereta dan motosikal untuk tidak mengeluarkan asap. Namun, ianya hanya dapat dilihat wap lilin yang keluar daripada ekzos anda. Tetapi, sekiranya anda melihat terdapat asap keluar, pemeriksaan cecair pelincir perlu dilakukan kerana dikhuatiri terdapat kebocoran minyak dalam enjin anda.

Langkah terbaik untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menukarkan minyak pelincir yang baru.

Gambar: GoMechanic

5. Bau minyak yang melampau

Apabila anda mendapati bau minyak pada kenderaan anda terutamanya pada bahagian enjin, ia menandakan bahawa terdapat masalah yang perlu anda teliti. Bau itu umumnya mungkin disebabkan oleh kebocoran yang berlaku dan boleh juga disebabkan kenderaan yang terlalu panas dan minyak terbakar ke dalam kawasan ekzos.

Enjin yang terlalu panas boleh menyebabkan kerosakan serius kepada kereta anda dan boleh menyebabkan kebakaran. Oleh itu, penukaran minyak pelincir diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

Sumber: Montgomeryville

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra