Edward Popadiuc berusia tiga tahun meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat rumahnya di Court Bridge, Harrow.
Saksi kejadian, Naznaz Ismael, 50, dia mendengar jeritan ibu Edward yang menjerit apabila anaknya jatuh dari tingkap tersebut.
Dia memberitahu Sun Online: “Saya mendengar jeritan dan tangisan. Kelihatan satu tubuh berada di atas lantai ketika itu.
“Ayahnya menjerit dengan kuat manakala kelihatan ibunya sedang menangis. Saya melihat seorang wanita keluar dan melakukan pertolongan cemas.
Ibunya memegang kaki bayi tersebut dan berkata, ‘Dia sudah pergi, dia sudah pergi, anak saya sudah mati’.
Kejadian tersebut berlaku ketika ibunya sedang memasak di dapur. Tapi tingkap tersebut ditutup ketika itu.
Manakala menurut seorang pembantu kedai berusia 25 tahun berkata dia telah mendengar berita yang menyedihkan itu melalui kakaknya yang merupakan kenalan kepada kanak-kanak berkenaan.
Menurut pembantu kedai tersebut, kunci tingkap itu tidak berfungsi sehingga bayi bangun dan mencapai tingkap tersebut lalu terjatuh dari situ.
Bapa Edward, Alexandru berkongsi satu gambar anaknya itu di Facebook pada waktu pagi kematiannya, dengan berkata: ‘Selamat Hari Lahir Sayang Daddy‘.
Ambulans tiba di tempat kejadian setelah menerima laporan dan mendapati Edward dalam keadaan kritikal.
Edward dibawa ke hospital utara London untuk mendapatkan rawatan. Namun, kanak-kanak itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Sumber: Dailymail