Seorang lelaki berumur 32 tahun yang didakwa bunuh diri selepas dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan yang dihadapinya.
Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan nekad terjun dari bangunan rumahnya selepas dikatakan putus asa dengan hidupnya.
Dimana, dia dipercayai hanya mendapat gaji kasar bulanan RM 1,000 selepas penat bekerja lebih masa. Hasil yang diperoleh tidak memuaskan baginya serta belum cukup untuk menampung perbelanjaannya.
Menurut salah seorang daripada rakanya, lelaki tersebut telah bekerja dalam industri hiburan bertahun-tahun sebelum menyertai syarikat terkini sebagai jurujual kad kredit.
“Gaji asasnya adalah gaji sekitar RM1,000 dan dia perlu membayar sewa, kos pengangkutan dan perbelanjaan lain. Apa yang dia hasilkan tidak mencukupi. “
Malah, lelaki itu juga dikatakan berusaha untuk mencapai sasaran kuota jualannya, namun begitu komisyen yang diperoleh tidak memuaskan.
Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan hanya memakai seluar pendek merah. Beliau ditemui mati di atas atap tempat letak kereta di kediaman tersebut. Mangsa dipercayai mati ditempat kejadian selepas terjun dari tingkap rumahnya.

Menurut sumber juga, keluarga mangsa menentang ideanya untuk bekerja sebagai jurujual kad kredit kerana gaji yang diperolehi sangat rendah. Kemudian, dia berpindah keluar dari rumah keluarganya selepas pertelingkahan tersebut.
Dia juga dikatakan mahu menjadi pemandu pelancong dan mengambil kursus dengan agensi pelancongan sebelum kematiannya.
Hasil siasatan terkini, pihak polis mendapati bahawa lelaki tersebut bunuh diri dan tidak ada kaitan dengan kes pembunuhan. Mayat telah dihantar ke Hospital untuk dibedah siasat.
Sumber: WOB, China Press